Pada umumnya, bandar-bandar baru dimajukan supaya tekanan terhadp bandar utama dapat dikurangkan. kebanyakan negara menggunakan bandar-bandar baru sebagai pusat pembangunan yang dapat menyediakan sebahagian daripada kemudahan-kemudahan yang disediakan oelh bandar utama. Pembangunan perindustrian, petempatan, pendidikan, pejabat pentadbiran dan kemudahan sukan disediakan di Bandar baru ini.
Sunday, September 23, 2007
Bandar Baru..
Pada umumnya, bandar-bandar baru dimajukan supaya tekanan terhadp bandar utama dapat dikurangkan. kebanyakan negara menggunakan bandar-bandar baru sebagai pusat pembangunan yang dapat menyediakan sebahagian daripada kemudahan-kemudahan yang disediakan oelh bandar utama. Pembangunan perindustrian, petempatan, pendidikan, pejabat pentadbiran dan kemudahan sukan disediakan di Bandar baru ini.
Posted by Mr.Afeeq at 12:56 AM
Labels: City 0 comments
Apa itu Bandar ?
Bandar ialah satu unit politik, suatu petempatan yg didiami oleh sejumlah penduduk atau kelompok rumah tempat kediaman atau lain-lain struktur (Detwyler dan Marcus, 1985). Definisi bandar meliputi semua elemen semulajadi, sosial dan buatan manusia yang berkelompok dalam kawasan-kawasan yang mempunyai ramai penduduk.
Sementara itu, M,A,J Beg dalam buku historic Cities of Asia mentafsirkan Bandar sebagai suatu kawasan yg dihuni oleh penduduk yang ramai dan sebahagiannya boleh membaca dan menulis serta mereka terlibat dalam kegiatan bukan pertanian. Daripada tafsiran ini jelas menunjukkan bahawa bandar berbeza dari kampung dari segi saiz, kepadatan penduduk dan penduduknya bersifat heterogenus.
Posted by Mr.Afeeq at 12:28 AM
Labels: City 1 comments
SEJARAH AWAL KEWUJUDAN BANDAR..
Pada zaman kuno, bandar-bandar telah memainkan peranan sebagai pusat pentadbiran dan tempat kediaman raja. selain daripada itu, bandar-bandar juga berfungsi sebagai pusat politik, keagamaan, perdagangan, pengangkutan, pendidikan dan sebagainya.
Posted by Mr.Afeeq at 12:10 AM
Labels: City 0 comments
Saturday, September 22, 2007
Definisi urbanisasi mengikut prospek Roberts B,1978
Urbanisasi boleh didefinisikan melalui dua perspektif yang berbeza iaitu dari segi demografi dan Transformasi ekonomi.:
DEMOGRAFI:
- Dalam konteks demografi, ia didefinisikan sebagai proses penumpuan pertambahan penduduk mengikut pembahagian bilangan penduduk dari keseluruhan populasi penduduk di sesuatu kawasan urban.
TRANSFORMASI EKONOMI:
-Menurut Roberts, beliau menerangkan bahawa 'urbanisasi ialah secara dasarnya merupakan "Produk" dalam pembangunan kapitalis dan perluasannya.
Posted by Mr.Afeeq at 10:58 PM
Labels: Urbanization 0 comments
Wednesday, September 19, 2007
UrBanisasi VS Modernisasi
Posted by Mr.Afeeq at 1:47 PM
Labels: Urbanization 0 comments