Selaku Ketua Pengarah dalam Projek ini, saya akan Memberikan laporan ringkas mengenai perjalanan program ketika kami mengadakan pilot workpada 3-4 Ogos yang lalu.
- objektif UTAMA kami mengadakan pilot work ini iaitu di bawah Bimbingan Prof. Hamzah dann Puan Mashitah ialah untuk mendapatkan gambaran awal tentang kehidupan masyarakat dan kesan-kesan tinggalan yang masih kelihatan akibat daripada banjir yang baru sahaja melanda di daerah Kota Tinggi. Selain dari itu, objektif kami juga ialah untuk mengumpulkan maklumat dan berinteraksi dengan penduduk kampung terutamanya dari pihak pejabat daerah, tok ketua Kota Tinggi, Ketua-ketua kampung, JKKK dan penduduk kampung bagi memudahkan kami untuk membuat kajian lapangan sebenar yang akan dijalankan pada 1.09.07 ini.
- Aturcara Program: 8.30 malam bertolak dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Kami tiba di Nasha Hotel Tepat jam 3.30 pagi (4.08.07). Pada sebelah Pagi, Kami di bawa ke kampung berdekatan dengan pusat bandar, iaitu Kampung Kelantan. Disana, kami sempat menemubual beberapa orang penduduk kampung mengenai peristiwa yang berlaku. kami sempat juga mengunjungi makam Laksamana Bentan dan Makam Bendahara Tun Habib Abdul Majid di kampung berkenaan. Menurut beberapa orang penduduk kampung, walaupun sudah bebrapa kali kampung berkenaan sudah ditenggelami air, makam tersebut tidak ditenggelami ar. Namun pada banjir kali ini, keedua-dua makam ini ditenggelami air dengan hebat sekali .Berikut adalah gambar Makam Laksamana Bentan.
No comments:
Post a Comment