---ThanK YoU all----

Assalamualaikum WBT. Setinggi-tinggi ucapan terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada semua yang telah terlibat dalam menjayakan Program ini iaitu Program Urbanisasi dan Pembangunan bandar,PPSPP UKM. Saya selaku ketua pengarah bagi projek ini terutamanya dalam kunjungan kami ke daerah Kota Tinggi yang mengkaji impak dan kesan banjir terhadap pelbagai jenis skop kajian ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada pensyarah Program ini iaitu Prof Madya Dr. Hamzah Jusoh dan Pn. Marsitah Mohd Radzi kerana telah banyak memberikan tunjuk ajar kepada kami dalam menjayakan projek mega ini. tidak dilupakan juga rakan-rakan seperjuangan lain yang banyak membantu saya dalam melaksanakan misi program Urbanisasi dan Pembangunan bandar ini. Akhir kata dari saya, seribu kemaafan dipinta kepada Prof Hamzah, Pn. Marsitah dan rakan-rakan sekiranya terdapat salah dan silap saya semasa saya menjalankan tugas ini. Diharapkan segala usaha dalam menyiapkan blog dan ikatan yang telah kita hasilkan ini tidak berhenti disini sahaja, malah akan berterusan di masa-masa akan datang... sekian, terima kasih semua!!!

Tuesday, August 28, 2007

Lanjutan Laporan Pilot Work-Oleh Ketua Pengarah Program Urbanisasi dan pembangunan Bandar, Pusat Pengajian Sosial dan Persekitaran, UKM


Selaku Ketua Pengarah dalam Projek ini, saya akan Memberikan laporan ringkas mengenai perjalanan program ketika kami mengadakan pilot workpada 3-4 Ogos yang lalu.




  1. objektif UTAMA kami mengadakan pilot work ini iaitu di bawah Bimbingan Prof. Hamzah dann Puan Mashitah ialah untuk mendapatkan gambaran awal tentang kehidupan masyarakat dan kesan-kesan tinggalan yang masih kelihatan akibat daripada banjir yang baru sahaja melanda di daerah Kota Tinggi. Selain dari itu, objektif kami juga ialah untuk mengumpulkan maklumat dan berinteraksi dengan penduduk kampung terutamanya dari pihak pejabat daerah, tok ketua Kota Tinggi, Ketua-ketua kampung, JKKK dan penduduk kampung bagi memudahkan kami untuk membuat kajian lapangan sebenar yang akan dijalankan pada 1.09.07 ini.


  2. Aturcara Program: 8.30 malam bertolak dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Kami tiba di Nasha Hotel Tepat jam 3.30 pagi (4.08.07). Pada sebelah Pagi, Kami di bawa ke kampung berdekatan dengan pusat bandar, iaitu Kampung Kelantan. Disana, kami sempat menemubual beberapa orang penduduk kampung mengenai peristiwa yang berlaku. kami sempat juga mengunjungi makam Laksamana Bentan dan Makam Bendahara Tun Habib Abdul Majid di kampung berkenaan. Menurut beberapa orang penduduk kampung, walaupun sudah bebrapa kali kampung berkenaan sudah ditenggelami air, makam tersebut tidak ditenggelami ar. Namun pada banjir kali ini, keedua-dua makam ini ditenggelami air dengan hebat sekali .Berikut adalah gambar Makam Laksamana Bentan.

Thursday, August 23, 2007

Pilot work rEPORT AT kota tinggi


Pada 2-3 ogos 2007 terciptalah sejarah apabila pelajar Sains Pembangunan tahun 2 Sesi 06/07 telah melawat tapak kejadian alam yang paling buruk di dalam sejarah Malaysia. Kejadian yang dimaksudkan oleh saya ialah peristiwa Banjir yang telah melanda di Negeri joHor, Khususnya di daerah Kota Tinggi pada penghujung bulan Desember dan Awal Bulan Febuari2007. dari apa yang telah diperhati dan dikaji oleh kami, iaitu seramai lebih kurang 16 orang mahasiswa tahun 2 dan 18 orang mahasiswa tahun3 (Demografi dan Pembangunan Bandar) mendapati walaupun sudah lebih daripada 5 bulan, kesan banjir yang melanda masih lagi jelas kelihatan di kawasan kota timggi. gambar berikut menunjukkan paras air ketika banjir melanda pada hujung disember dan awal febuari.