---ThanK YoU all----

Assalamualaikum WBT. Setinggi-tinggi ucapan terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada semua yang telah terlibat dalam menjayakan Program ini iaitu Program Urbanisasi dan Pembangunan bandar,PPSPP UKM. Saya selaku ketua pengarah bagi projek ini terutamanya dalam kunjungan kami ke daerah Kota Tinggi yang mengkaji impak dan kesan banjir terhadap pelbagai jenis skop kajian ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada pensyarah Program ini iaitu Prof Madya Dr. Hamzah Jusoh dan Pn. Marsitah Mohd Radzi kerana telah banyak memberikan tunjuk ajar kepada kami dalam menjayakan projek mega ini. tidak dilupakan juga rakan-rakan seperjuangan lain yang banyak membantu saya dalam melaksanakan misi program Urbanisasi dan Pembangunan bandar ini. Akhir kata dari saya, seribu kemaafan dipinta kepada Prof Hamzah, Pn. Marsitah dan rakan-rakan sekiranya terdapat salah dan silap saya semasa saya menjalankan tugas ini. Diharapkan segala usaha dalam menyiapkan blog dan ikatan yang telah kita hasilkan ini tidak berhenti disini sahaja, malah akan berterusan di masa-masa akan datang... sekian, terima kasih semua!!!
Showing posts with label Places of interest. Show all posts
Showing posts with label Places of interest. Show all posts

Thursday, October 25, 2007

Keindahan Kunang-kunang


Salah satu destinasi pelancongan menarik yang menjadi kajian kami ialah aktiviti melihat Kunang-kunang di sepanjang Sungai Johor. Hasil temuramah dan soal selidik, kami mendapati terdapat dua syarikat milik dua orang individu yang menjalankan aktiviti pelancongan melihat kunang-kunang ini secara sah. Salah satunya yang terdapat di tepi sungai di dalam pekan Kota Tinggi.

Muzium Kota Tinggi


Berdasarkan statistik yang kami dapati daripada pihak Muzium Kota Tinggi, bilangan pengunjung yang datang pada bulan Disember 2006 adalah 942 orang diikuti dengan bulan Januari 2007 sebanyak 163 orang dan pada bulan Februari 2007 sebanyak 272 orang. Pengunjung yang datang melawat Muzium Kota Tinggi kebanyakannya terdiri daripada orang awam, pelajar dan pelancong asing. Pada keseluruhannya, dapat disimpulkan bahawa bilangan pengunjung semakin berkurang apabila masuk tahun 2007 dan kemudiannya meningkat menjelang tengah tahun 2007.Menurut temuramah kami bersama Penolong Pengurus Muzium Kota Tinggi, Cik Asniza binti Uda, bilangan pengunjung ramai pada awal bulan Disember kerana pada waktu itu adalah musim cuti sekolah dan gelombang banjir pertama belum berlaku. Bilangan pengunjung semakin berkurang apabila masuk bulan Januari 2007 kerana pada waktu itu, gelombang banjir kedua telah berlaku dan daerah Kota Tinggi telah ditenggelami air. Walaupun Muzium Kota Tinggi tidak ditengelami air sepenuhnya dan paras air hanya setakat tempat meletak kenderaan, bilangan pengunjung tetap terjejas kerana sukar untuk pengunjung datang melawat muzium pada waktu itu. Walau bagaimanapun, bilangan pengunjung semakin bertambah selepas banjir surut iaitu menjelang awal bulan Februari 2007.

air Terjun kota Tinggi


Tempat rekreasi ini merupakan tempat air terjun yang paling popular di kawasan Kota Tinggi yang berasal dari Gunung Panti.

Kampung Makam

di bandar kota Tinggi sendiri terdapat beberapa makam yang menakjubkan. Ia kebanyakkannya dijumpai di Kampung Makam, Kampung Kelantan dan kampung Tembioh. Di Kebanyakkan tempat ini terletaknya makam Laksamana Bentan, sultan Mahmud, dan Makam Cik Siti Aminah.

Pusat Bersejarah

bandar Kota Tinggi terkenal dengan kisah sejarahnya pada zaman dahulu. Disini, terdapat Muzium Kota Tinggi yang menyimpan banyak khazanah-khazanah alam dahulu kala.

sungai johor




Sungai Johor memainkan peranan yang penting kerana ia mempunyai hubungkait dengan kesultanan negeri Johor pada satu ketika dahulu. disepanjang sungai ini, terdapat banyak habitat kunang-kunang yang merupakan salah satu tarikan utama pelancong untuk datang ke Kota Tinggi. selain itu juga, terdapat aktiviti rekreasi di sungai ini iaitu aktiviti berkayak yang berdekatan dengan bandar Kota Tinggi.

Bazar Kota


bazar kota merupakan satu tempat perhentian utama pelancong yang datang ke Kota Tinggi kerana di bazar ini terdapat perbagai-bagai jenis barangan yang boleh dibeli sebagai cenderamata apabila pulang ke negara masing-masing. Antara barangan yang menjadi tumpuan ramai ialah barangan yang berunsurkan tekstil. Dikuasai sepenuhnya oleh penduduk tempatan, bazar ini juga lebih dikenali sebagai Mini Kelantan iaitu diberikan nama sempena sebuah perkampungan orang melayu di Kelantan.