---ThanK YoU all----

Assalamualaikum WBT. Setinggi-tinggi ucapan terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada semua yang telah terlibat dalam menjayakan Program ini iaitu Program Urbanisasi dan Pembangunan bandar,PPSPP UKM. Saya selaku ketua pengarah bagi projek ini terutamanya dalam kunjungan kami ke daerah Kota Tinggi yang mengkaji impak dan kesan banjir terhadap pelbagai jenis skop kajian ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada pensyarah Program ini iaitu Prof Madya Dr. Hamzah Jusoh dan Pn. Marsitah Mohd Radzi kerana telah banyak memberikan tunjuk ajar kepada kami dalam menjayakan projek mega ini. tidak dilupakan juga rakan-rakan seperjuangan lain yang banyak membantu saya dalam melaksanakan misi program Urbanisasi dan Pembangunan bandar ini. Akhir kata dari saya, seribu kemaafan dipinta kepada Prof Hamzah, Pn. Marsitah dan rakan-rakan sekiranya terdapat salah dan silap saya semasa saya menjalankan tugas ini. Diharapkan segala usaha dalam menyiapkan blog dan ikatan yang telah kita hasilkan ini tidak berhenti disini sahaja, malah akan berterusan di masa-masa akan datang... sekian, terima kasih semua!!!

Thursday, October 25, 2007

iNTERvIEW WITH JABATAN kERJa RAyA (JKR)

Pada petang 3 September, kami telah menjalankan temuramah dengan salah seorang pegawai Jabatan Kerja Raya, Encik Saad. Menurut beliau, terdapat beberapa projek dijalankan untuk membaik pulih jalan raya di kawasan pelancongan yang terlibat. Contohnya, projek memperbaiki jalan di Lorong Tok Man di Kampung Kelantan yang berdekatan dengan Makam Laksamana Bentan, telah menelan belanja RM30,000. Selain projek ini, terdapat lagi satu projek di sekitar makam tersebut iaitu projek memperbaiki jalan di Lorong 4,Kampung Kelantan yang menelan belanja yang sama iaitu RM 30,000.
Projek lain yang dijalankan untuk jalan-jalan lain di Kampung Kelantan, kosnya berjumlah RM50,000. Selain daripada projek-projek yang dijalankan di Kampung Kelantan, terdapat satu lagi projek di Kampung Tembioh iaitu projek membaikpulih jalan untuk ke Makam Cik Siti. Kos projek ini ialah RM50,000 dan dijalankan oleh Nilai Unggul Enterprise. Secara keseluruhannya, kos pembaikpulihan jalan ke kampung-kampung adalah RM2.9 juta dan jumlah pembaikpulihan termasuk di jalan persekutuan adalah RM15 juta. Usaha-usaha yang akan dijalankan pada masa akan datang pula ialah memperbanyakkan papan tanda di kawasan Kota Tinggi untuk memudahkan pelancong yang datang berkunjung ke tempat-tempat pelancongan.

No comments: