---ThanK YoU all----

Assalamualaikum WBT. Setinggi-tinggi ucapan terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada semua yang telah terlibat dalam menjayakan Program ini iaitu Program Urbanisasi dan Pembangunan bandar,PPSPP UKM. Saya selaku ketua pengarah bagi projek ini terutamanya dalam kunjungan kami ke daerah Kota Tinggi yang mengkaji impak dan kesan banjir terhadap pelbagai jenis skop kajian ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada pensyarah Program ini iaitu Prof Madya Dr. Hamzah Jusoh dan Pn. Marsitah Mohd Radzi kerana telah banyak memberikan tunjuk ajar kepada kami dalam menjayakan projek mega ini. tidak dilupakan juga rakan-rakan seperjuangan lain yang banyak membantu saya dalam melaksanakan misi program Urbanisasi dan Pembangunan bandar ini. Akhir kata dari saya, seribu kemaafan dipinta kepada Prof Hamzah, Pn. Marsitah dan rakan-rakan sekiranya terdapat salah dan silap saya semasa saya menjalankan tugas ini. Diharapkan segala usaha dalam menyiapkan blog dan ikatan yang telah kita hasilkan ini tidak berhenti disini sahaja, malah akan berterusan di masa-masa akan datang... sekian, terima kasih semua!!!

Thursday, October 25, 2007

Kegiatan Pelancongan Kunang-kunang Di Kota Tinggi


Daerah Kota Tinggi, Johor sememangnya merupakan salah sebuah destinasi pelancongan yang amat terkenal di dalam negeri Johor. Salah satu sebab ia menjadi tarikan utama pelancong-pelancong datang ke sana ialah kerana kedudukannya yang berdekatan dengan Negara Singapura yang hanya mengambil masa perjalanan selama 1 jam setengah ke destinasi yang dituju. Selain itu , daerah kota tinggi menjadi tarikan utama pelancong adalah kerana kedudukan strategiknya yang berada diantara Desaru, Johor Baharu dan dalam perjalanan ke Kuala Lumpur.

Di daerah kota tinggi, banyak tempat-tempat pelancongan menarik yang boleh dilawati oleh pelancong asing. Antara tempat-tempat pelancongan utama yang menarik ialah seperti Mini Kelantan, Makam Laksamana Bentan, Kampung Makam, Muzium Kota Tinggi, Desaru , Air Terjun Kota Tinggi, Kubu Johor Lama dan banyak lagi. Salah satu destinasi pelancongan menarik yang telah dikaji ialah aktiviti melihat Kunang-kunang di sepanjang Sungai Johor.

Terdapat dua syarikat milik dua orang individu yang menjalankan aktiviti pelancongan melihat kunang-kunang ini secara sah. Salah satunya yang terdapat di tepi sungai di dalam pekan Kota Tinggi. Pemilik berkenaan merupakan seorang warga cina dan telah menjalankan aktiviti ini secara sah sejak dari tahun 1960-an lagi. Menurut beliau, idea membuka syarikat pelancongan ini datang apabila beliau sendiri menyusuri sungai Johor 40 tahun yang lalu dan mendapati di sepanjang sungai berkenaan memang banyak dihuni oleh spesies kunang-kunang yang jarang ditemui . Oleh itu, beliau pun memulakan perniagaan tersebut.

Pada awal pembukaannya sehingga sebelum peristiwa banjir yang dasyat berlaku pada penghujung bulan Disember dan awal Bulan Januari berlaku, pelancong yang datang untuk melihat Kunang-kunang tidak dinafikan memang ramai bilangannya sehingga beliau sendiri terpaksa menambah bot-bot laju untuk memenuhi kehendak pelancong. Kebanyakan pelancong yang datang adalah terdiri daripada pelancong asing dari Singapura, Korea, Jepun dan Eropah dan juga pelancong tempatan.

Setelah berlakunya peristiwa banjir yang melanda daerah berkenaan dengan teruk sekali, sebulan selepas kejadian banjir, memang tiada langsung pelancong yang datang untuk melihat kunang-kunang di sungai Johor. Keadaan ini menyebabkan beliau terpaksa menanggung kos yang boleh dikatakan agak tinggi ekoran daripada ketiadaan pelancong yang ingin melawati kawasan berkenaan. Dua bulan selepas kejadian banjir yang berlaku pada awal bulan Januari, barulah pelancong mula datang untuk menikmati keindahan kelipan kunang-kunang pada waktu malam.

Menurut beliau lagi, walaupun syarikat beliau sudah lama beroperasi semula, tetapi jumlah pelancong yang datang melawat kawasan tumpuan kunang-kunang sangat kurang jika hendak dibandingkan dengan keadaan sebelum berlakunya peristiwa hitam yang menghantui semua penduduk dan peniaga di kawasan Kota Tinggi. Mungkin juga menurut pendapat beliau, ketika banjir berlaku di sepanjang sungai Johor, ia telah menghapuskan habitat dan juga sumber makanan kunang-kunang berkenaan. Dan ini memang diakui sendiri oleh jurupandu bot bernama Din dari Indonesia yang membawa kumpulan kami melawati tempat kunang-kunang di sepanjang sungai berkenaan . Dan kami telah merakamkan detik-detik manis ini di dalam kamera video sepanjang aktiviti yang telah kami jalankan.

1 comment:

aziah muhammad said...

bestnya dapat tengok kunang2. brape ye bayaran yang dikenakan?