---ThanK YoU all----

Assalamualaikum WBT. Setinggi-tinggi ucapan terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada semua yang telah terlibat dalam menjayakan Program ini iaitu Program Urbanisasi dan Pembangunan bandar,PPSPP UKM. Saya selaku ketua pengarah bagi projek ini terutamanya dalam kunjungan kami ke daerah Kota Tinggi yang mengkaji impak dan kesan banjir terhadap pelbagai jenis skop kajian ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada pensyarah Program ini iaitu Prof Madya Dr. Hamzah Jusoh dan Pn. Marsitah Mohd Radzi kerana telah banyak memberikan tunjuk ajar kepada kami dalam menjayakan projek mega ini. tidak dilupakan juga rakan-rakan seperjuangan lain yang banyak membantu saya dalam melaksanakan misi program Urbanisasi dan Pembangunan bandar ini. Akhir kata dari saya, seribu kemaafan dipinta kepada Prof Hamzah, Pn. Marsitah dan rakan-rakan sekiranya terdapat salah dan silap saya semasa saya menjalankan tugas ini. Diharapkan segala usaha dalam menyiapkan blog dan ikatan yang telah kita hasilkan ini tidak berhenti disini sahaja, malah akan berterusan di masa-masa akan datang... sekian, terima kasih semua!!!

Monday, October 1, 2007

BANDAR PENTADBIRAN


Putrajaya Sebagai Bandar Pentadbiran

Putrajaya yang mempunyai keluasan 4,581 hektar adalah Pusat Pentadbiran baru Kerajaan Persekutuan Malaysia menggantikan Kuala Lumpur yang satu ketika dahulu berperanan sebagai Pusat Kewangan dan Komersil Negara. Perpindahan Pusat Pentadbiran ini adalah sejajar dengan dasar kerajaan yang inginkan satu pembangunan seimbang jauh dari Bandaraya Kuala Lumpur. Selain itu, ia juga adalah disebabkan oleh desakan kehidupan di Kuala Lumpur dan untuk memastikan pertumbuhan berterusan di Lembah Klang.

Terletak di sepanjang Koridor Pertumbuhan Selatan atau lebih dikenali sebagai Koridor Raya Multimedia (MSC), pembangunan Putrajaya mencatatkan satu sejarah baru dalam perancangan bandaraya moden di Malaysia. Putrrajaya dibangunkan menjadi satu model bandaraya taman dengan rangkaian maklumat canggih berteraskan teknologi-teknologi multimedia. Dengan gelaran sebagai ‘First Intelligent Garden City’ di Malaysia, Putrajaya akan menjadi pemangkin pembangunan yang mempunyai kepentingan selaras dengan peranannya sebagai model bandaraya- pusat pentadbiran negara, dan satu tempat yang ideal untuk hidup, berkerja, menjalankan perniagaan, dan menjalankan aktiviti sukan serta rekreasi.

No comments: