---ThanK YoU all----

Assalamualaikum WBT. Setinggi-tinggi ucapan terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada semua yang telah terlibat dalam menjayakan Program ini iaitu Program Urbanisasi dan Pembangunan bandar,PPSPP UKM. Saya selaku ketua pengarah bagi projek ini terutamanya dalam kunjungan kami ke daerah Kota Tinggi yang mengkaji impak dan kesan banjir terhadap pelbagai jenis skop kajian ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada pensyarah Program ini iaitu Prof Madya Dr. Hamzah Jusoh dan Pn. Marsitah Mohd Radzi kerana telah banyak memberikan tunjuk ajar kepada kami dalam menjayakan projek mega ini. tidak dilupakan juga rakan-rakan seperjuangan lain yang banyak membantu saya dalam melaksanakan misi program Urbanisasi dan Pembangunan bandar ini. Akhir kata dari saya, seribu kemaafan dipinta kepada Prof Hamzah, Pn. Marsitah dan rakan-rakan sekiranya terdapat salah dan silap saya semasa saya menjalankan tugas ini. Diharapkan segala usaha dalam menyiapkan blog dan ikatan yang telah kita hasilkan ini tidak berhenti disini sahaja, malah akan berterusan di masa-masa akan datang... sekian, terima kasih semua!!!

Sunday, September 23, 2007

Bandar Baru..


Bandar baru merupakan salah satu daripada konsep bandar yang terdapt di zaman ini. Bandar baru ini pernah dicadangkan dalam tahun 1898 oleh Howerd. Pembangunan bandar utama yang pesat dari segi bilangan penduduk, peluang-peluang pekerjaan serta pembangunan industri menyebabkan bandar-bandar utama ini terus dimajukan. adakalanya sebuah bandar baru berhampiran bandar utama dimajukan untuk mengelakkan masalah-masalah berlebihan penduduk di bandar utama dan mempunyai fungsi tertentu.
Pada umumnya, bandar-bandar baru dimajukan supaya tekanan terhadp bandar utama dapat dikurangkan. kebanyakan negara menggunakan bandar-bandar baru sebagai pusat pembangunan yang dapat menyediakan sebahagian daripada kemudahan-kemudahan yang disediakan oelh bandar utama. Pembangunan perindustrian, petempatan, pendidikan, pejabat pentadbiran dan kemudahan sukan disediakan di Bandar baru ini.

No comments: