---ThanK YoU all----

Assalamualaikum WBT. Setinggi-tinggi ucapan terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada semua yang telah terlibat dalam menjayakan Program ini iaitu Program Urbanisasi dan Pembangunan bandar,PPSPP UKM. Saya selaku ketua pengarah bagi projek ini terutamanya dalam kunjungan kami ke daerah Kota Tinggi yang mengkaji impak dan kesan banjir terhadap pelbagai jenis skop kajian ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada pensyarah Program ini iaitu Prof Madya Dr. Hamzah Jusoh dan Pn. Marsitah Mohd Radzi kerana telah banyak memberikan tunjuk ajar kepada kami dalam menjayakan projek mega ini. tidak dilupakan juga rakan-rakan seperjuangan lain yang banyak membantu saya dalam melaksanakan misi program Urbanisasi dan Pembangunan bandar ini. Akhir kata dari saya, seribu kemaafan dipinta kepada Prof Hamzah, Pn. Marsitah dan rakan-rakan sekiranya terdapat salah dan silap saya semasa saya menjalankan tugas ini. Diharapkan segala usaha dalam menyiapkan blog dan ikatan yang telah kita hasilkan ini tidak berhenti disini sahaja, malah akan berterusan di masa-masa akan datang... sekian, terima kasih semua!!!

Saturday, September 22, 2007

Definisi urbanisasi mengikut prospek Roberts B,1978

Urbanisasi boleh didefinisikan melalui dua perspektif yang berbeza iaitu dari segi demografi dan Transformasi ekonomi.:

DEMOGRAFI:
- Dalam konteks demografi, ia didefinisikan sebagai proses penumpuan pertambahan penduduk mengikut pembahagian bilangan penduduk dari keseluruhan populasi penduduk di sesuatu kawasan urban.

TRANSFORMASI EKONOMI:
-Menurut Roberts, beliau menerangkan bahawa 'urbanisasi ialah secara dasarnya merupakan "Produk" dalam pembangunan kapitalis dan perluasannya.

Roberts B. Comparative perspective on urbanisation

No comments: