---ThanK YoU all----

Assalamualaikum WBT. Setinggi-tinggi ucapan terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada semua yang telah terlibat dalam menjayakan Program ini iaitu Program Urbanisasi dan Pembangunan bandar,PPSPP UKM. Saya selaku ketua pengarah bagi projek ini terutamanya dalam kunjungan kami ke daerah Kota Tinggi yang mengkaji impak dan kesan banjir terhadap pelbagai jenis skop kajian ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada pensyarah Program ini iaitu Prof Madya Dr. Hamzah Jusoh dan Pn. Marsitah Mohd Radzi kerana telah banyak memberikan tunjuk ajar kepada kami dalam menjayakan projek mega ini. tidak dilupakan juga rakan-rakan seperjuangan lain yang banyak membantu saya dalam melaksanakan misi program Urbanisasi dan Pembangunan bandar ini. Akhir kata dari saya, seribu kemaafan dipinta kepada Prof Hamzah, Pn. Marsitah dan rakan-rakan sekiranya terdapat salah dan silap saya semasa saya menjalankan tugas ini. Diharapkan segala usaha dalam menyiapkan blog dan ikatan yang telah kita hasilkan ini tidak berhenti disini sahaja, malah akan berterusan di masa-masa akan datang... sekian, terima kasih semua!!!

Thursday, October 25, 2007

Jumlah pelancong yang melawat Muzium Kota Tinggi


berikut adalah graf yang menunjukkan kedatangan pelancong ke Muzium Kota Tinggi sebelum dan selepas banjir yang lepas. didapati, beberapa bulan selepas banjir telah reda di Kota Tinggi, jumlah pelawat yang datang telah pulih seperti biasa.

keadaan ketika banjir melanda di Kota Tinggi.

Keadaan di Kota Tinggi selepas banjir gelombang ke 2


keadaan di salah sebuah kedai di Kota tinggi selepas banjir Gelombang pertama

Tentatif Program Urban Legend

Berikut adalah tentatif program kumpulan Urban Legend:
Sabtu (01/09/07)2.00 p.m – melawat ke Makam Laksamana Bentan dan menjalankan soal selidik
6.00 p.m – melawat ke kawasan Bandar Kota Tinggi
8.00 p.m – melawat kawasan kunang-kunang.

Ahad (02/09/07)9.00 a.m – melawat ke sekitar Bandar Kota Tinggi dan kawasan perniagaan tekstil
1.00 p.m – rehat dan solat
2.00 p.m – melawat ke kawasan hotel-hotel di sekitar bandar Kota Tinggi
4.30 p.m – rehat dan solat
5.00 p.m – riadah7.00 p.m – rehat dan solat
8.00 p.m – penerusan kajian lapangan.
11.00 p.m – rehat

Isnin (03/09/07)8.00 a.m – melawat ke Kota Tinggi
4.00 p.m – rombongan bertolak kembali ke UKM
8.00 p.m – tiba di UKM

Laporan Fieldwork By Group Urban Legend

Pada 1-3 September kami telah selesai menjalani kerja lapangan di Kota Tinggi. Persoalan yang kumpulan kami kaji iaitu "Adakah sektor pelancongan di Kota Tinggi telah pulih sepenuhnya?" telah terjawab. Setibanya kami di Kota Tinggi pada pukul 1 September,kami bergegas ke bandar untuk menjalankan soal-selidik terhadap para pengusaha tekstil. Perusahaan tekstil ini juga adalah salah satu tarikan pelancong untuk datang membeli-belah.Pada sebelah malam pula, kami telah menaiki bot di tepi Sungai Johor untuk mengalami sendiri pengalaman melihat kunang-kunang di Sungai Johor. Bayaran yang dikenakan adalah RM15 untuk seorang. Sepanjang menaiki bot,kami terpegun dengan keindahan khazanah alam ini. Semasa berada di dalam bot, kami mendapati bahawa majoriti penumpang adalah pelancong asing yang berasal dari Singapura dan Jepun.
Keesokan paginya,2 September, kami telah Kampung Kelantan untuk melawat salah satu tempat pelancongan yang terdapat di Kota Tinggi iaitu Makam Laksamana Bentan.Kami mendapati kawasan ini dibersihkan oleh penduduk Kampung Kelantan. Kami juga berkesempatan untuk menemubual penduduk di sekitar makam tersebut. Kemudian, pada pukul 2 petang, kami berjalan-jalan di sekitar Bandar Kota Tinggi. Kami mengunjungi hotel-hotel yang ada untuk menemuramah pemilik-pemilik hotel mengenai impak banjir kepada perniagaan mereka. Hotel-hotel tersebut ialah Hotel Pilton, Hotel Nasha, Hotel Mayres dan Hotel White Lillies. Pada sebelah malam pula, kami mengadakan perbincangan dalam kumpulan.
Pagi 3 September pula dimulakan dengan kunjungan ke Pejabat Daerah Kota Tinggi. Ketika sesi dialog bersama Tuan Haji Zainuddin, persoalan kami terjawab. Kemudian kami ke Jabatan Kerja Raya untuk menemuramah Encik Saad, seorang pekerja di sana, untuk mendapatakn maklumat mengenai projek-projek yang dijalankan untuk membaikpulih jalanraya di sekitar tempat-tempat pelancongan. Selepas itu, kami berjalan kaki ke Muzium Kota Tinggi untuk meneruskan kajian. Walaupun agak jauh dari Pejabat Daerah, tetapi penat lelah kami hilang setelah bertemu dengan penolong kurator muzium. Beliau telah membekalkan kami dengan maklumat berguna di samping membenarkan kami menggunakan perpustakaan muzium tersebut. Setelah selesai melawat muzium, kami pulang ke Pejabat Daerah dan tepat 4 petang, kami bertolak pulang ke UKM.

Keindahan Kunang-kunang


Salah satu destinasi pelancongan menarik yang menjadi kajian kami ialah aktiviti melihat Kunang-kunang di sepanjang Sungai Johor. Hasil temuramah dan soal selidik, kami mendapati terdapat dua syarikat milik dua orang individu yang menjalankan aktiviti pelancongan melihat kunang-kunang ini secara sah. Salah satunya yang terdapat di tepi sungai di dalam pekan Kota Tinggi.

Muzium Kota Tinggi


Berdasarkan statistik yang kami dapati daripada pihak Muzium Kota Tinggi, bilangan pengunjung yang datang pada bulan Disember 2006 adalah 942 orang diikuti dengan bulan Januari 2007 sebanyak 163 orang dan pada bulan Februari 2007 sebanyak 272 orang. Pengunjung yang datang melawat Muzium Kota Tinggi kebanyakannya terdiri daripada orang awam, pelajar dan pelancong asing. Pada keseluruhannya, dapat disimpulkan bahawa bilangan pengunjung semakin berkurang apabila masuk tahun 2007 dan kemudiannya meningkat menjelang tengah tahun 2007.Menurut temuramah kami bersama Penolong Pengurus Muzium Kota Tinggi, Cik Asniza binti Uda, bilangan pengunjung ramai pada awal bulan Disember kerana pada waktu itu adalah musim cuti sekolah dan gelombang banjir pertama belum berlaku. Bilangan pengunjung semakin berkurang apabila masuk bulan Januari 2007 kerana pada waktu itu, gelombang banjir kedua telah berlaku dan daerah Kota Tinggi telah ditenggelami air. Walaupun Muzium Kota Tinggi tidak ditengelami air sepenuhnya dan paras air hanya setakat tempat meletak kenderaan, bilangan pengunjung tetap terjejas kerana sukar untuk pengunjung datang melawat muzium pada waktu itu. Walau bagaimanapun, bilangan pengunjung semakin bertambah selepas banjir surut iaitu menjelang awal bulan Februari 2007.

air Terjun kota Tinggi


Tempat rekreasi ini merupakan tempat air terjun yang paling popular di kawasan Kota Tinggi yang berasal dari Gunung Panti.

Kampung Makam

di bandar kota Tinggi sendiri terdapat beberapa makam yang menakjubkan. Ia kebanyakkannya dijumpai di Kampung Makam, Kampung Kelantan dan kampung Tembioh. Di Kebanyakkan tempat ini terletaknya makam Laksamana Bentan, sultan Mahmud, dan Makam Cik Siti Aminah.

Pusat Bersejarah

bandar Kota Tinggi terkenal dengan kisah sejarahnya pada zaman dahulu. Disini, terdapat Muzium Kota Tinggi yang menyimpan banyak khazanah-khazanah alam dahulu kala.

sungai johor




Sungai Johor memainkan peranan yang penting kerana ia mempunyai hubungkait dengan kesultanan negeri Johor pada satu ketika dahulu. disepanjang sungai ini, terdapat banyak habitat kunang-kunang yang merupakan salah satu tarikan utama pelancong untuk datang ke Kota Tinggi. selain itu juga, terdapat aktiviti rekreasi di sungai ini iaitu aktiviti berkayak yang berdekatan dengan bandar Kota Tinggi.

Bazar Kota


bazar kota merupakan satu tempat perhentian utama pelancong yang datang ke Kota Tinggi kerana di bazar ini terdapat perbagai-bagai jenis barangan yang boleh dibeli sebagai cenderamata apabila pulang ke negara masing-masing. Antara barangan yang menjadi tumpuan ramai ialah barangan yang berunsurkan tekstil. Dikuasai sepenuhnya oleh penduduk tempatan, bazar ini juga lebih dikenali sebagai Mini Kelantan iaitu diberikan nama sempena sebuah perkampungan orang melayu di Kelantan.

Skop Kajian

Skop kajian:Mengkaji kesan banjir sebelum, selepas dan akan datang terhadap sektor pelancongan di Kota Tinggi, Johor.

Question of our Topics~~

Adakah sektor perlancongan di Kota Tinggi telah pulih sepenuhnya? Setelah membuat pemerhatian awal di Kota Tinggi pada bulan Ogos yang lalu,kami mendapati, Kota Tinggi tidak kurang dengan tarikan yang boleh mengundang kedatangan pelancong ke daerah ini. Objektif kami ialah mengkaji impak banjir kepada sektor pelancongan di Kota Tinggi. Kami juga ingin memantau keadaan tempat-tempat yang menjadi tarikan pelancong iaitu Makam Laksamana Bentan, air terjun Kota Tinggi, sungai yang menjadi habitat kunang-kunang serta perusahaan tekstil di bandar ini. Kajian kami akan meliputi impak banjir kepada hotel-hotel di daerah ini, impaknya kepada perubahan landskap, kesan terhadap perusahaan tekstil serta usaha-usaha yang dilakukan kerajaan dalm memulihkan sektor pelancongan di sini. Tiga metodologi kami ialah; temu ramah, soal-selidik dan pemerhatian.

Question of our Topics~~

Adakah sektor perlancongan di Kota Tinggi telah pulih sepenuhnya? Setelah membuat pemerhatian awal di Kota Tinggi beberapa minggu lepas,kami mendapati, Kota Tinggi tidak kurang dengan tarikan yang boleh mengundang kedatangan pelancong ke daerah ini. Objektif kami ialah mengkaji impak banjir kepada sektor pelancongan di Kota Tinggi. Kami juga ingin memantau keadaan tempat-tempat yang menjadi tarikan pelancong iaitu Makam Laksamana Bentan, air terjun Kota Tinggi, sungai yang menjadi habitat kunang-kunang serta perusahaan tekstil di bandar ini. Kajian kami akan meliputi impak banjir kepada hotel-hotel di daerah ini, impaknya kepada perubahan landskap, kesan terhadap perusahaan tekstil serta usaha-usaha yang dilakukan kerajaan dalm memulihkan sektor pelancongan di sini. Tiga metodologi kami ialah; temu ramah, soal-selidik dan pemerhatian.

GROUP MEMBERS...

URBAN LEGEND

ketua kumpulan:-Nabilah Aimi Aminudin.
-setiausaha- Liyana Mastura Azmanuddin.
-bendahari-Raja Rashidah Raja Azman
-ajk tugas-tugas khas-Ahmad Afeeq
-ajk-publisiti-Nur Zafirah


Isu utama-kesan banjir tehadap sektor pelancongan di Kota Tinggi.
Persoalan- adakah sektor pelancongan di Kota Tinggi telah pulih sepenuhnya?

RUMUSAN HASIL KAJIAN!!


Pada akhir penemuan kajian , kami bersama kumpulan-kumpulan lain bagi kursus Urbanisasi dan Pembangunan Bandar telah mengadakan Sesi dialog bersama Ketua Kampung bahagian Kota Tinggi Utara, Tuan Haji Zainuddin. Beliau telah memberikan kenyataan bahawa sektor pelancongan di Kota Tinggi telah pulih sepenuhnya selepas banjir. Pada masa sekarang, terdapat peningkatan dalam jumlah pelancong yang datang ke Kota Tinggi. Kejadian banjir yang berlaku pada 2006/2007 merupakan kejadian banjir yang paling teruk direkodkan antara 10 banjir yang telah berlaku sebelum ini. Kajian ini telah merungkai segala persoalan yang telah kami timbulkan diawal kajian kami iaitu “adakah sektor pelancongan di daerah Kota Tinggi telah pulih sepenuhnya selepas banjir melanda pada 2006/2007?”.

iNTERvIEW WITH JABATAN kERJa RAyA (JKR)

Pada petang 3 September, kami telah menjalankan temuramah dengan salah seorang pegawai Jabatan Kerja Raya, Encik Saad. Menurut beliau, terdapat beberapa projek dijalankan untuk membaik pulih jalan raya di kawasan pelancongan yang terlibat. Contohnya, projek memperbaiki jalan di Lorong Tok Man di Kampung Kelantan yang berdekatan dengan Makam Laksamana Bentan, telah menelan belanja RM30,000. Selain projek ini, terdapat lagi satu projek di sekitar makam tersebut iaitu projek memperbaiki jalan di Lorong 4,Kampung Kelantan yang menelan belanja yang sama iaitu RM 30,000.
Projek lain yang dijalankan untuk jalan-jalan lain di Kampung Kelantan, kosnya berjumlah RM50,000. Selain daripada projek-projek yang dijalankan di Kampung Kelantan, terdapat satu lagi projek di Kampung Tembioh iaitu projek membaikpulih jalan untuk ke Makam Cik Siti. Kos projek ini ialah RM50,000 dan dijalankan oleh Nilai Unggul Enterprise. Secara keseluruhannya, kos pembaikpulihan jalan ke kampung-kampung adalah RM2.9 juta dan jumlah pembaikpulihan termasuk di jalan persekutuan adalah RM15 juta. Usaha-usaha yang akan dijalankan pada masa akan datang pula ialah memperbanyakkan papan tanda di kawasan Kota Tinggi untuk memudahkan pelancong yang datang berkunjung ke tempat-tempat pelancongan.

PELANCONG YANG BERKUNJUNG KE KOTA TINGGI

Kami telah menjalankan soal selidik dan pemerhatian ke atas 10 orang responden, yang kebanyakannya berumur 40 tahun ke atas. 6 orang daripada mereka adalah warganegara Singapura dan selebihnya adalah daripada Negara Matahari Terbit,Jepun. Kesemua pelancong dari Singapura ini datang bersama rombongan yang menaiki bas. Mereka ini datang hanyalah sehari ke Kota Tinggi memandangkan jarak perjalanan yang tidak memakan masa yang lama dan juga sebagai tempat persinggahan terakhir sebelum pulang ke Singapura. Mereka datang bersama keluarga dan sahabat handai ke Johor adalah untuk melarikan diri dari kesibukan dalam kehidupan seharian.
Tempat yang menjadi tarikan utama pelancong-pelancong ini ialah Sungai Johor yang kaya dengan khazanah alam semulajadinya iaitu kehadiran kunang-kunang yang mampu memukau mata yang memandang di malam hari. Selain itu, mereka juga gemar membeli-belah terutamanya barangan tekstil di Bazar Kota yang digelar ‘mini Kelantan’ oleh peniaga tempatan. Segelintir daripada mereka pernah berkunjung ke Kota Tinggi sebelum ini terutama pada waktu cuti sekolah. Bagi pelancong-pelancong dari Jepun, mereka akan menginap di hotel sekitar Kota Tinggi terutamanya Hotel May Res. Hasil temubual kami bersama mereka, hanya sebilangan yang pernah mendengar berita mengenai kejadian banjir yang berlaku di daerah Kota Tinggi ini. Kesemua respondan memberikan kerjasama yang amat baik semasa kami menyoal dan menemubual mereka.

Soal Selidik dan temuramah terhadap Peniaga


Soal selidik dijalankan terhadap responden yang kebanyakannya berumur diantara 40 tahun dan keatas. Majoriti peniaga di Kota Tinggi, terutamanya di kawasan Bazar Kota Tinggi adalah berketurunan Melayu. Terdapat juga peniaga yang berbangsa Kemboja yang telah lama menetap di daerah Kota Tinggi . 92% peniaga menyatakan bahawa peniagaan mereka terjejas teruk sekali semasa kejadian banjir 2006/2007. Pada perspektif peniaga, tarikan pengunjung ke Kota Tinggi adalah aktiviti membeli-belah. Ini kerana Bazar Kota adalah terkenal dengan jualan kain-kain dan dinamakan ‘Mini Kelantan’ oleh pengunjung kerana aktivi perniagaan dipelopori oleh peniaga dari Kelantan.

Ini diikuti pula dengan tempat-tempat bersejarah dan khazanah alam semulajadi seperti Air Terjun Kota Tinggi dan kunang-kunang. Pengunjung biasanya terdiri daripada penduduk Malaysia(56%) sendiri dan juga terdapat juga pengunjung dari Singapura(37%) dan lain-lain (7%). Kebiasaanya pengunjung ke Kota Tinggi datang pada musim cuti persekolahan (73%) dan juga awal dan akhir tahun (27%). Bilangan pengunjung dikatakan semakin berkurangan(47%) selepas kejadian banjir 2006/2007, tiada perbezaan (23%) dan semakin ramai pengunjung ( 30%). Majoriti peniaga yang kami temui menyatakan bahawa kejadian banjir 2006/2007 berpunca daripada bencana alam semulajadi (36%), hujan yang turun dengan lebat (21%), sungai yang cetek (21%), dan juga sistem perparitan yang tidak sempurna (14%).

REPORT ON HOTELS AT KOTA TINGGI

Hotel Grand Waterlilies adalah salah sebuah hotel yang terletak di bandar Kota Tinggi. Pengurus hotel ini En. Lim walaupun sudah nampak agak berumur namun kelihatan sangat bertenaga untuk ditemuramah oleh pihak kami. Beliau mengatakan bahawa hotel ini telah dirasmikan sebelum berlakunya banjir yang melanda pada bulan Disember 2006 dan Januari 2007. Namun begitu, hotel ini mula beroperasi semula selepas banjir selama 2 bulan. Menurut En. Lim, bencana banjir telah mendatangkan kerugian yang besar kepada hotel ini. Pihak hotel memerlukan masa selama 5-6 bulan untuk melengkapkan semula peralatan-peralatan yang telah musnah akibat banjir.
Tambahan beliau, pelancong yang kerap mengunjungi hotel ini adalah terdiri daripada pelbagai bangsa asing seperti Jepun, Singapura, negara-negara Eropah dan tidak lupa juga terdiri daripada penduduk-penduduk tempatan sendiri yang berbilang bangsa. Kebanyakan pelancong yang datang adalah bertujuan untuk mengunjungi kawasan-kawasan yang menarik di Kota Tinggi seperti Sg. Johor untuk melihat kunang-kunang pada waktu malam, membeli belah di mini kelantan (sebuah pusat jualan tekstil besar-besaran), Makam Laksamana Bentan di Kg. Kelantan dan air terjun Kota Tinggi. Selain itu pelancong-pelancong juga menginap di hotel ini adalah untuk tujuan rasmi seperti urusan perniagaan dan sebelum meneruskan perjalanan mereka untuk melancong ke pulau-pulau yang berdekatan seperti Pulau Besar dan Pulau Sibu.
Kelebihan hotel ini lebih terserlah dengan layanan istimewa yang diberikan oleh pihak hotel kepada para pelanggan. Selain itu harga bagi penginapan juga boleh dirunding serta keadaan suasana hotel ini yang cukup cantik dan kemas turut menarik hati para pelancong untuk menginap di sini. En. Lim turut memberikan pandangannya bagi memajukan sektor pelancongan di Kota Tinggi. Menurut beliau pihak kerajaan perlu menambahkan lebih banyak infrastruktur dan kemudahan sehubungan dengan pembangunan yang semakin pesat membangun di Bandar Kota Tinggi.
Nasha Hotel merupakan salah sebuah hotel yang agak terkenal di Bandar Kota Tinggi. Menurut pengurus hotel ini, Puan Nasha yang berbangsa cina, Hotel Nasha ini telah mula beroperasi sejak tahun 1975, iaitu sejak 32 tahun yang lalu. Bencana banjir telah mendatangkan kesan yang buruk terhadap hotel ini. Hotel ini tidak beroperasi selama 2 bulan selepas kejadian banjir. Pihak hotel juga turut mengalami kerugian yang besar sehingga mencapai RM100 000 dari segi barangan perabot, lif dan mesin-mesin. Tambahan beliau hotel ini terpaksa mengambil masa hampir setengah tahun untuk pulih semula seperti sediakala.
Pelancong yang kerap mengunjungi hotel ini adalah terdiri daripada bangsa-bangsa asing seperti bangsa Denmark, Eropah, New Zealand, Singapura dan penduduk tempatan sendiri. Kelebihan hotel ini adalah terletak pada layanan yang istimewa daripada pihak hotel serta keadaan hotel yang bersih dan menarik. Puan Nasha turut mengatakan langkah-langkah yang akan di ambil oleh pihak hotel bagi mengatasi masalah banjir pada masa akan datang adalah dengan tidak mengambil risiko membeli barang-barang dan mesin-mesin yang bernilai harga tinggi buat masa ini.

Muzium Kota Tinggi

Berdasarkan statistik yang kami dapati daripada pihak Muzium Kota Tinggi, bilangan pengunjung yang datang pada bulan Disember 2006 adalah 942 orang diikuti dengan bulan Januari 2007 sebanyak 163 orang dan pada bulan Februari 2007 sebanyak 272 orang. Pengunjung yang datang melawat Muzium Kota Tinggi kebanyakannya terdiri daripada orang awam, pelajar dan pelancong asing. Pada keseluruhannya, dapat disimpulkan bahawa bilangan pengunjung semakin berkurang apabila masuk tahun 2007 dan kemudiannya meningkat menjelang tengah tahun 2007.
Menurut temuramah kami bersama Penolong Pengurus Muzium Kota Tinggi, Cik Asniza binti Uda, bilangan pengunjung ramai pada awal bulan Disember kerana pada waktu itu adalah musim cuti sekolah dan gelombang banjir pertama belum berlaku.
Bilangan pengunjung semakin berkurang apabila masuk bulan Januari 2007 kerana pada waktu itu, gelombang banjir kedua telah berlaku dan daerah Kota Tinggi telah ditenggelami air. Walaupun Muzium Kota Tinggi tidak ditengelami air sepenuhnya dan paras air hanya setakat tempat meletak kenderaan, bilangan pengunjung tetap terjejas kerana sukar untuk pengunjung datang melawat muzium pada waktu itu. Walau bagaimanapun, bilangan pengunjung semakin bertambah selepas banjir surut iaitu menjelang awal bulan Februari 2007.

Kegiatan Pelancongan Kunang-kunang Di Kota Tinggi


Daerah Kota Tinggi, Johor sememangnya merupakan salah sebuah destinasi pelancongan yang amat terkenal di dalam negeri Johor. Salah satu sebab ia menjadi tarikan utama pelancong-pelancong datang ke sana ialah kerana kedudukannya yang berdekatan dengan Negara Singapura yang hanya mengambil masa perjalanan selama 1 jam setengah ke destinasi yang dituju. Selain itu , daerah kota tinggi menjadi tarikan utama pelancong adalah kerana kedudukan strategiknya yang berada diantara Desaru, Johor Baharu dan dalam perjalanan ke Kuala Lumpur.

Di daerah kota tinggi, banyak tempat-tempat pelancongan menarik yang boleh dilawati oleh pelancong asing. Antara tempat-tempat pelancongan utama yang menarik ialah seperti Mini Kelantan, Makam Laksamana Bentan, Kampung Makam, Muzium Kota Tinggi, Desaru , Air Terjun Kota Tinggi, Kubu Johor Lama dan banyak lagi. Salah satu destinasi pelancongan menarik yang telah dikaji ialah aktiviti melihat Kunang-kunang di sepanjang Sungai Johor.

Terdapat dua syarikat milik dua orang individu yang menjalankan aktiviti pelancongan melihat kunang-kunang ini secara sah. Salah satunya yang terdapat di tepi sungai di dalam pekan Kota Tinggi. Pemilik berkenaan merupakan seorang warga cina dan telah menjalankan aktiviti ini secara sah sejak dari tahun 1960-an lagi. Menurut beliau, idea membuka syarikat pelancongan ini datang apabila beliau sendiri menyusuri sungai Johor 40 tahun yang lalu dan mendapati di sepanjang sungai berkenaan memang banyak dihuni oleh spesies kunang-kunang yang jarang ditemui . Oleh itu, beliau pun memulakan perniagaan tersebut.

Pada awal pembukaannya sehingga sebelum peristiwa banjir yang dasyat berlaku pada penghujung bulan Disember dan awal Bulan Januari berlaku, pelancong yang datang untuk melihat Kunang-kunang tidak dinafikan memang ramai bilangannya sehingga beliau sendiri terpaksa menambah bot-bot laju untuk memenuhi kehendak pelancong. Kebanyakan pelancong yang datang adalah terdiri daripada pelancong asing dari Singapura, Korea, Jepun dan Eropah dan juga pelancong tempatan.

Setelah berlakunya peristiwa banjir yang melanda daerah berkenaan dengan teruk sekali, sebulan selepas kejadian banjir, memang tiada langsung pelancong yang datang untuk melihat kunang-kunang di sungai Johor. Keadaan ini menyebabkan beliau terpaksa menanggung kos yang boleh dikatakan agak tinggi ekoran daripada ketiadaan pelancong yang ingin melawati kawasan berkenaan. Dua bulan selepas kejadian banjir yang berlaku pada awal bulan Januari, barulah pelancong mula datang untuk menikmati keindahan kelipan kunang-kunang pada waktu malam.

Menurut beliau lagi, walaupun syarikat beliau sudah lama beroperasi semula, tetapi jumlah pelancong yang datang melawat kawasan tumpuan kunang-kunang sangat kurang jika hendak dibandingkan dengan keadaan sebelum berlakunya peristiwa hitam yang menghantui semua penduduk dan peniaga di kawasan Kota Tinggi. Mungkin juga menurut pendapat beliau, ketika banjir berlaku di sepanjang sungai Johor, ia telah menghapuskan habitat dan juga sumber makanan kunang-kunang berkenaan. Dan ini memang diakui sendiri oleh jurupandu bot bernama Din dari Indonesia yang membawa kumpulan kami melawati tempat kunang-kunang di sepanjang sungai berkenaan . Dan kami telah merakamkan detik-detik manis ini di dalam kamera video sepanjang aktiviti yang telah kami jalankan.

Makam Laksamana Bentan, Kampung Kelantan, Kota Tinggi


Daripada hasil temuramah dengan beberapa orang penduduk tempatan yang tinggal di kampung Kelantan, Kota Tinggi, mereka menjelaskan tentang keadaan yang terjadi apabila banjir melanda kampung mereka pada bulan Disember dan awal Januari tahun ini. Keadaan pada banjir pertama sudah pasti menghantui fikiran dan memberikan sedikit keinsafan di dalam diri mereka. Paras banjir pada ketika itu adalah di paras tingkap rumah kediaman mereka.

Banyak kemusnahan yang telah dialami oleh mereka ketika itu, tetapi dengan kehendak Yang Maha Berkuasa, peristiwa banjir berlaku sekali lagi iaitu pada awal bulan Januari 2007, beberapa minggu selepas banjir pertama. Banjir pada kali ini adalah yang terburuk sekali dalam sejarah peristiwa banjir di kota tinggi sejak tahun 1940-an. Kali ini, paras air di kawasan kampung Kelantan meningkat sehingga ke hamper 3 meter lebih iaitu sudah pun mencecah bumbung rumah penduduk kampung Kelantan. Beratus-ratus penduduk terpaksa dipindahkan ekoran daripada keadaan yang sememangnya mengerunkan ini.

Malangnya, di kawasan kampung berkenaan (Kampung Kelantan), terdapat tempat pelancongan dan bukti sejarah yang popular dikalangan pelancong tempatan dan juga pelancong di luar Negara. Tempat yang dibualkan iailah Makam Laksamana Bentan. Makam ini mempunyai hubungkait yang amat rapat dengan dengan peristiwa Sultan Mahmud Mangkat Dijulang iaitu pada bulan Ogos, 1699. Menurut cerita yang diberitahu oleh seorang penduduk tempatan yang sudah berusia 75 tahun, semasa Megat Seri Rama (Laksamana Bentan) menjalankan tugas menumpaskan lanun, beliau meninggalkan isterinya Dang Anum yang sarat mengandung.

Dang Anum mengidam buah nangka. Nangka yang diambilnya adalah dari pokok nangka di kebun sultan. Perbuatan menebuk nangka itu amat dimurkai oleh sultan kerana dianggap menghina baginda. Dang Anum menyatakan bahawa nangka itu bukan untuknya tetapi untuk anak didalam kandungannya. Akhirnya sultan memerintahkan supaya perut Dang Anum dibelah bagi membuktikan benar atau tidak kata-kata Dang Anum. Apabila dilihat sendiri oleh baginda nangka tersebut berada di mulut bayinya, baginda menyesal di atas tindakan itu tetapi sudah terlambat.

Mengetahui kejadian itu, maka Megat Seri Rama telah menikam baginda sultan ketika baginda berangkat ke masjid untuk menunaikan solat jumaat. Tikaman Megat Seri Rama tepat kena kepada sultan. Ketika baginda hendak rebah, baginda sempat disambut oleh pengiringnya lalu dijulang. Sebelum menghembuskan nafas yang terakhir, baginda sempat melontarkan kerisnya kea rah Megat Seri Rama dan tepat mengenai kakinya lalu Megat Seri Rama meninggal dunia. Kedua-dua jenazah dikebumikan di dalam daerah Kota Tinggi, tetapi di tempat yang berbeza. Makam Sultan Mahmud berada di Kampung Makam manakala Makam Laksamana Bentan ditempatkan di dalam Kampung Kelantan.

Ekoran peristiwa tersebut, kejadian menarik ini telah tersebar ke seluruh negeri yang terdapat di Malaysia sehingga ke hari ini. Menurut temubual lagi, semenjak jalan raya yang menghubungkan pekan Kota Tinggi dengan Kampung Kelantan dibuat iaitu pada tahun 1950-an, lebih ramai pelancong dalam dan luar Negara datang berpusu-pusu ke Makam berkenaan bagi melihat sendiri dan memahami peristiwa sejarah yang amat bermakna ini. Boleh dikatakan hampir setiap hari pelancong akan datang ke tempat berkenaan khususnya dari utara semenanjung, Sabah dan Sarawak. Bahkan ada juga pengkaji dan penyelidik sejarah yang datang dari universiti-universiti tempatan seperti UM, USM dan UPSI bagi mengkaji sejarah Malaysia lama.

Dalam sejarah banjir selama beberapa kali yang berlaku di Kampung Kelantan, Makam Laksamana Bentan tidak pernah dinaiki air kerana kedudukannya yang sedikit tinggi walaupun berada di tepi sungai. Namun, dalam kejadian banjir kedua yang berlaku pada awal bulan Januari tahun ini (2007), makam tersebut telah ditenggelami air sehingga ke paras tiang besi yang mengelilingi makam berkenaan. Sebaik sahaja banjir surut, usaha-usaha membaikpulih makam berkenaan dijalankan dengan kadar yang segera bagi menjaga khazanah sejarah yang bernilai ini.

Segala usaha membaikpulih dijalankan sendiri oleh penduduk kampung yang tinggal berdekatan dengan makam berkenaan dan turut dibantu oleh Tok Ketua daerah Kota Tinggi dan jabatan-jabatan kerajaan lain. Selang beberapa hari usaha pembersihan dan baik pulih dijalankan, makam berkenaan kembali kepada keadaannya yang asal. Pada mulanya, selepas aktiviti pembersihan telah dijalankan, pelancong-pelancong kurang datang melawat makam berkenaan kerana takut akan peristiwa banjir berulang kembali. Tetapi dalam hujung bulan Febuari, jumlah pelawat yang datang ke Makam berkenaan kembali normal. Malahan semakin bertambah ramai dari masa ke semasa. Hal ini mungkin disebabkan masyarakat mula sedar akan kedudukan sejarah tersebut di dalam sejarah Malaysia, khususnya di negeri Johor.

Jumlah Pelancong yang datang selepas kejadian banjir 2006/2007


carta Pai di atas menunjukkan bilangan responden yang telah ditemu bual oleh ahli kumpulan kami berkenaan dengan kedatangan Pelancong-pelancong ke dalam Kota Tinggi dan ahli responden kami terdiri daripada golongan peniaga-peniaga di bazar kota dan juga penduduk di sekita kawasan Kota Tinggi. daripada hasil kajian, 12 daripada 20 responden kami memberitahu bahawa jumlah pelancong yang datang melawat ke Kota Tinggi semakin berkurang dengan banyak. Manakala 8 responden kami memberitahu bahawa jumlah pelancong yang datang ke daerah Kota Tinggi semakin ramai.

Wednesday, October 24, 2007

Jenis Pelancong yang datang


Graf di atas menunjukkan jenis pelancong yang datang ke Kota Tinggi sepanjang tempoh kami membuat kajian. kami telah menemubual seramai 20 orang responden dan mereka ini terdiri daripada pelancong tempatan (8), China (2), singapura (6) dan juga dari Jepun(4).

Tempoh Penginapan Pelancong

kami juga telah telah menyoal sebanyak 20 orang responden yang terdiri daripada pelancong asing yang datang ke Kota Tinggi iaitu pelancong daripada tempatan,China, Singapura dan Jepun. Daripada carta pai diatas, kami mendapati 12 orang daripada 20 orang responden datang ke Kota Tinggi hanya dalam masa satu hari. Selebihnya melawat Kota Tinggi lebih daripada satu hari.

Kegiatan Pelancongan yang paling diminati


Daripada graf yang ditunjukkan di atas dan juga hasil soal selidik dengan 3 jenis responden iaitu pelancong,penduduk tempatan dan juga peniaga,didapati bahawa pelancong yang datang ke Kota Tinggi lebih gemar mengunjungi kawasan Kunag-kunang daripada 4 jenis kegiatan pelancongan yang kami kaji. Penduduk tempatan pula berkata bahawa pengunjung yang datang ke daerah Kota Tinggi gemarkan makanan tempatan yang ada di sana. manakala bagi golongan peniaga mereka berpendapatn bahawa Kota Tinggi ini terkenal dengan makanan dan juga aktiviti melawat Kunang-kunang di sepanjang Sungai Johor.

Monday, October 1, 2007

BANDAR PENTADBIRAN


Putrajaya Sebagai Bandar Pentadbiran

Putrajaya yang mempunyai keluasan 4,581 hektar adalah Pusat Pentadbiran baru Kerajaan Persekutuan Malaysia menggantikan Kuala Lumpur yang satu ketika dahulu berperanan sebagai Pusat Kewangan dan Komersil Negara. Perpindahan Pusat Pentadbiran ini adalah sejajar dengan dasar kerajaan yang inginkan satu pembangunan seimbang jauh dari Bandaraya Kuala Lumpur. Selain itu, ia juga adalah disebabkan oleh desakan kehidupan di Kuala Lumpur dan untuk memastikan pertumbuhan berterusan di Lembah Klang.

Terletak di sepanjang Koridor Pertumbuhan Selatan atau lebih dikenali sebagai Koridor Raya Multimedia (MSC), pembangunan Putrajaya mencatatkan satu sejarah baru dalam perancangan bandaraya moden di Malaysia. Putrrajaya dibangunkan menjadi satu model bandaraya taman dengan rangkaian maklumat canggih berteraskan teknologi-teknologi multimedia. Dengan gelaran sebagai ‘First Intelligent Garden City’ di Malaysia, Putrajaya akan menjadi pemangkin pembangunan yang mempunyai kepentingan selaras dengan peranannya sebagai model bandaraya- pusat pentadbiran negara, dan satu tempat yang ideal untuk hidup, berkerja, menjalankan perniagaan, dan menjalankan aktiviti sukan serta rekreasi.